profil

07 Januari 2011

MENJENGUK MUSLIM SELATAN MYANMAR

Pada Hari Raya Pertama Aidil Adha 1431H kami telah bertolak ke Selatan Myanmar (Pulau Dua) untuk menziarahi saudara Muslim kita di sana disamping mengadakan korban.
Menurut Ustaz Amin Manjamin Pendakwah dari Satun, Thailand, beliau mengatakan bahawa :" keadaan saudara  Muslim kita di Myanmar lebih susah dan tertekan berbanding  saudara kita di Kemboja" kerana saudara kita di Kemboja sering mendapat perhatian dan bantuan dari mereka yang murah hati sedangkan saudara kita di Myanmar kurang mendapat perhatian dan berita tentang keadaan mereka sebenar tidak dipaparkan dengan meluas.

Kami bertolak dari Alor Setar pada pukul 12.00 tengahari menaiki dua buah motokar , menuju ke Satun, Thailand iaitu ke rumah Ustaz Amin yang menjadi ketua rombongan.Ustaz Amin Manjamin adalah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Satun (ADUN).  Di Satun, Ustaz Amin dan Abang Husin telah menaiki motokar bersama kami. Kami bertolak pada pukul 5.00 petang dari Satun menuju Ranong, Thailand. Ketika di  Krabi, ada lagi dua buah motokar dari Yayasan Amal Malaysia menyertai kami ke Ranong. Kami telah bermalam di sebuah masjid dalam perjalanan. Selepas solat Subuh, kami meneruskan perjalanan ke Ranong yang terletak lebih dari 600 km yang memakan masa sekitar 10 jam menggunakan jalan tepi laut yang berliku-liku. 

 Bersiap Bertolak Selepas Solat Subuh

Selepas sarapan pagi, kami bertolak ke Pulau Dua, Selatan Myanmar menaiki bot dari Ranong. Perjalanan dengan bot tambang memakan masa lebih kurang 30 minit.


Bot dari Ranong ke Pulau Dua


Tiba di Pulau Dua (paling kiri ialah Us Shafie dari Batu Sembilan)

 Kami tiba ke Pulau Dua (Kawthaung) dan disambut oleh beberapa wakil pemimpin Muslim di sana. Mereka membawa kami ke pejabat Imigresen untuk urusan visa, kami dikenakan bayaran 10USD untuk visa setiap orang. Kami hanya diberi kad kebenaran masuk ke Myanmar dengan jaminan pemimpin Muslim di sana. Paspot kami disimpan oleh pihak imigresen dan tidak dibenar keluar dari hotel melebihi 3 km.

Depan hotel penginapan

Kami dibawa ke sebuah hotel penginapan di Pulau Dua. Kami dipesan supaya berhati-hati dan berjaga-jaga ketika mengambil gambar kerana keadaan pada masa itu agak sedikit ketegangan selepas tamat pilihanraya. Sebahagian dari kami telah pergi ke tempat yang ramai komuniti Muslim untuk mengadakan sembelihan korban iaitu di Pulau Tuntung  dan Sembilan Batu (Batu Sembilan).


KEADAAN MUSLIM DI SELATAN MYANMAR

Keadaan Muslim di sana berada dalam keadaan bimbang keselamatan terancam dan kemiskinan hinggakan ada yang terpaksa menjual tanah dan rumah mereka untuk berhijrah ke Thailand , Malaysia atau tempat lain. Tanah dan rumah mereka dibeli oleh orang Buddha menyebabkan mereka semakin ramai dan ‘menghimpit’ orang Muslim terutama di Pulau Tuntung.

 Teksi motor ke Pulau Tuntung


Selepas kami menziarahi mereka di Pulau Tuntung dan Batu Sembilan, mereka sangat gembira dan menyatakan hajat dan keperluan mereka. MEREKA SANGAT MENGHARAPKAN BANTUAN SAUDARA SEMUSLIM DARI NEGARA LAIN. Mereka tidak meminta bantuan untuk membeli makanan atau pakaian mereka tetapi memohon bantuan untuk  membaiki masjid dan sekolah agama demi pendidikan anak-anak Muslim di sana.


Jambatan ke Pulau Tuntung


Sebahagian Saudara Muslim di Pulau Tuntung


Masjid Mujahidin di Pulau Tuntung

Orang Muslim sangat mengharapkan bantuan orang Muslim Malaysia bagi membaiki masjid yang daif ini. Bumbung yang  telah rosak dan berlubang-lubang menyebabkan kayu bumbung  masjid yang terdedah kepada hujan dan panas akan reput dan boleh runtuh.


Kedaifan rumah orang Muslim di Pulau Tuntung


Pekampungan Buddha yang semakin menghimpit perkampungan Muslim Pulau Tuntung


Ustaz Shafie mudir sekolah  agama di Sembilan Batu


 Sekolah Agama  Sembilan Batu

 Keadaan  kelas yang bocor dan sering masuki air

 Sekolah agama di Sepuluh Batu



KEPERLUAN UMAT ISLAM SELATAN MYANMAR

Sebagai Muslim kita bertanggungjawab membantu saudara kita yang berada dalam kesusahan dan kesempitan serta  tekanan sepanjang masa. Mereka sangat mengharapkan bantuan saudara mereka di Malaysia demi mempertahankan agama Islam dan mengembangkan agama Allah ini. Segala sumbangan dan wakaf yang ingin disampaikan boleh  menghubungi Ahli Jawatankuasa Kebajikan Komuniti Islam Selatan Myanmar, Us. Zubir : 0194726269.


7 komen:

Abd Samad berkata...

Jom kita pakat2 bantu lepa sana.

Tanpa Nama berkata...

Ramai lagi umat islam yg berada di pulau-pulau dimyammar antaranya di pulau balai, pulau cadek dan sebagainya sama-samalah kita membantu mereka

alias6457 berkata...

untuk orang kita semua mari la
sama untuk merika
kita ber doa pada allah

UBMI berkata...

mintak share gambar untuk buat rujukan... tq

ZUBIR berkata...

Basharudddin : Semua bahan, gambar dan maklumat adalah untuk perkongsian bersama.

Ahmad Nawawi Yaakob berkata...

Semoga lebih ramai yang membantu... Kami bercadang untuk mengadakan lawatan ke sana..
Diharap saudara dapat membantu.. Ahmad Nawawi Yaakob 013-7759965

ZUBIR berkata...

Ahmad Nawawi Yaakob... InsyaAllah demi Islam dan Umatnya. Sebarkan maklumat berkenaan Muslim minoriti di sana dan keperluan mereka. Kerana kita umpama satu badan.

Catat Ulasan