Pada 24/12/2010, saya bersama 3 orang rakan iaitu Us Ahmad, Us Rizal dan Us Helmi telah bertolak ke Kemboja menaiki kereta Honda Accord tua ku dengan tujuan menziarahi saudara Muslim di sana serta membantu keluarga Us Rizal mendapatkan tanah untuk diwakafkan di sana.
Kami mula bertolak dari Pulau Pinang dan Sungai Petani sebelum subuh dan tiba sempadan Malaysia-Thailand (Bukit Kayu Hitam-Dannok) sebelum pukul 8.00 pagi. Selepas sarapan dan berbincang berkenaan perjalanan panjang yang bakal dilalui, kami mula bertolak dari Dannok tepat pada pukul 9.45 pagi.Kami tiba di Bangkok pada pukul 10.00 malam iaitu memakan masa lebih kurang 12 jam. Sekitar pukul 3.00 pagi kami meneruskan perjalanan sambil singgah di beberapa tempat dan tiba di Aranyaprathet (Sempadan Thailand-Kemboja) sekitar pukul 10.00 pagi. Sekitar pukul 12.00 tengahari, kami memula urusan imigresen dan kastam untuk ke sempadan Kemboja (Poipet).

Di Poipet
kesibukan sempadan Poipet
Selesai urusan kastam Kemboja pada pukul 3.00 petang. Kami pun memulakan perjalanan dari Poipet ke Phnom Penh, pada mulanya pemanduan agak kekok kerana memandu sebelah kanan. Pada pukul 9.30 malam , kami tiba Charok Ramet Kampung Chnang dan bermalam di masjid di situ setelah mendapat kebenaran pentabiran masjid berkenaan. Selepas solat Subuh, kami mula berkenalan dengan penduduk di situ. Mereka sangat mesra dan sanggup membantu kami dan menjadi ‘guide’ ke mana sahaja tempat yang kami ingin pergi.
Sarapan di warung
Selepas sarapan di sebuah warung, kami mula menziarahi saudara Muslim yang masih berada dalam kemiskinan dan juga melihat tanah yang hendak dijual. Pukul 11.30 pagi, kami dibawa oleh Abang Hussin ke rumah abangnya di Phnom Penh yang terletak bersebelahan sungai Mekong. Di situ, kami berkenalan dengan Us Zakaria guru agama yang mengajar sekolah di masjid berkenaan.
Kami disambut Us Zakaria(kiri)
Hidangan Daging Lembu Bakar
Selepas solat zohor, kami dihidangkan nasi dan Lamphu Amp(Daging Lembu Bakar) yang rasanya sangat lazat. Selepas kenyang berjamu selera, kami dibawa melawat Choeung Ek terletak 17 km selatan Phnom Penh yang suatu masa dahulu merupakan salah satu tempat pembunuhan yang dilakukan oleh regim Khmer Rough yang sangat ganas dalam usaha melakukan penghapusan etnik yang mengorbankan lebih 3 juta nyawa. Sebahagiannya dilakukan pembunuhan kejam di Choeung Ek tanpa mengira usia dan jantina.
Permandangan Choeung Ek
Mangsa kekejaman Khmer Rough
Masih terdapat tulang dan gigi manusia di perdu pokok tempat kanak-kanak dipukul
Kekejaman regim Khmer Rough (suatu badan komunis yang memerintah Kemboja antara tahun 1975 hingga 1979) antara punca menjadikan Kemboja ketinggalan dan berada dalam kemiskinan setelah harta mereka dirampas serta dijadikan milik negara dan penduduk Kemboja menjadi ‘hamba’ regim Khmer Rough dengan bekerja di ladang dan sebagainya tanpa upah dengan dikawal oleh tentera regim yang lengkap bersenjata. Mereka hanya diberi makan bubur nasi yang dimasak dengan kadar satu kg beras untuk satu kawah.
Selepas terlepas dari cengkaman komunis, mereka terpaksa berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan serta mengambil masa yang panjang untuk memulihkan semangat akibat trauma dengan kezaliman regim berkenaan. Dengan itu, kita perlu membantu mereka demi Agama Allah dan saudara satu akidah.
Rumah yang daif
Satu keluarga di depan rumah mereka
Besoknya, kami meneruskan mencari tanah yang hendak dijual. Kami dibawa ke Madrasah Al Mukminah yang dikendalikan oleh Us Sulaiman yang mendapat pendidikan di Yala, Thailand. Us Sulaiman telah membantu mencari tanah yang hendah dijual, Alhamdulillah akhirnya berjumpa sekeping tanah untuk dijual yang sesuai untuk dibangunkan tempat pengajian bagi menyediakan generasi yang beriman dan mengembangkan ilmu agama di sana selepas generasi lama sekian lama berada dalam kejahilan selepas para ulama dan cendikiawan telah dibunuh regim Khmer Rough pada zaman penguasaan mereka.
Madrasah Al Mukminah dibina atas kesedaran dan inisiatif Ustaz Sulaiman sendiri, namun begitu madrasah ini berada dalam keadaan yang cukup daif kerana terpaksa menumpang di atas tanah kepunyaan orang lain, pelajar lelaki dan perempuan terpaksa berkongsi kelas kerana madrasah ini hanya ada satu kelas sahaja walaupun terdapat ramai pelajar. Perpustakaan madrasah(sekolah) ini hanya mengandungi satu rak buku sahaja. Pelajar di sini makin bertambah dari satu masa ke satu masa menyebabkan berlaku kesesakan. Kebanyakan mereka tinggal di asrama yang cukup daif. MEREKA MEMERLUKAN SEBUAH SEKOLAH YANG LEBIH LUAS DAN SELESA YANG LENGKAP DENGAN PRASARANA. SIAPA LAGI YANG PERLU MEMBANTU MEREKA, JIKA BUKAN KITA! Namun begitu keluarga Ustaz Rizal berbesar hati untuk mewakafkan sekeping tanah untuk dijadikan tapak baru yang lebih luas untuk madrasah ini. Kita sebagai umat Islam yang Allah kurniakan harta dan kemewahan lebih baik dari mereka perlulah membantu mereka untuk membangunkan madrasah ini berserta dengan prasarana yang sempurna seperti bilik kelas, perpustakaan, buku-buku dan sebagainya. Mereka sangat mengharapkan bantuan dari orang Malaysia dalam membangunkan madrasah mereka. Segala bantuan atau wakaf madrasah boleh hubungi saya (Ustaz Zubir:0194726269) atau Ustaz Rizal.
Antara pelajar-pelajar perempuan Madrasah Al Mukminah
Pelajar Lelaki Madrasah Al Mukminah
Bangunan Madrasah

Ustaz Sulaiman (kanan)
Perpustakaan hanya satu rak sahaja
Keadaan dalam bilik kelas
Selepas makan tengahari di rumah Abang Hussin, kami bertolak balik. Tiba di Poipet pada pukul 9.00 malam dan kami telah bermalam di sebuah masjid sana.
Selepas sarapan pagi pada 29/12/2010, kami bertolak pulang ke Malaysia dan selamat tiba di Sungai Petani dan Pulau Pinang sekitar pukul 12.30 malam setelah melewati lebih 4000 km (pergi dan balik).
Sumbangan rakyat Malaysia
Ramai rakyat Malaysia yang memenuhi tanggungjawab dan kewajipan membantu umat Islam di Kemboja dengan membina kepentingan Umat Islam di sana seperti sekolah, masjid dan sebagainya. tetapi masih belum mencukupi dengan keperluan mereka. Mojoriti Umat Islam berada dalam keadaan kemiskinan yang terpaksa mengharapkan bantuan saudara yang lain.
Sekolah sumbangan NAZA
Masjid sumbangan hartawan Malaysia
1 komen:
Semoga usaha diberkati Allah Taala.
Catat Ulasan